Wednesday 9 May 2012

nikah gantung..

Tempat: dalam bilik atas katil
Masa: sebelum pejam mata
Mood: gatal nak kawin


assalamualaikum dan selamat malam menjelang tengah malam ol... saje malam ni rasa nak kongsi pasal kawin2.. rasa da gatal sangat kot.. 


sambung cerita...


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.



tetibe teringin lak nak kawin..huhuhuh



Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.


bila terasa RINDU...

Jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. 

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 

Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. 

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....
   

Monday 23 April 2012

GIVEAWAY..I WANT IT

HELLO ALL..

di hari mendung yang dah hampir nak hujan ni tetiba jari aku ni rajin lak tekan-tekan keyboard..
blogwalking..
aku ni bukan rajin sangat blogwalking..sebab??
al-maklumla cik puan ni pakai berodband murah je...
RM48 je kot SEBULAN
so,kalau terlebih berjalan berkilometer jauhnya dalam belog orang
memang tak banyak la update belog( bajet cam rajin je update)

by the way..just nak bagitau yang aku blogwalking and terjumpa giveaway ni..
rasa nak join...first time kot...
da la guesbook untuk kenduri kawen..
mana tau kot2  terpilih..boleh la gune masa aku kawen nanti..
save kot bajet kawen..hahahaha 
ni antara design yang aku berkenan...(bukan monyet tu okep!!)




ni antara design yang aku berkenan la..huhu

kalau korang rasa nak join...


just klik sini ------> GUESTBOOK GIVEAWAY

WAHAI WANITA..UNTUK RENUNGAN BERSAMA



SMS di bawah sengaja ditulis oleh seorang penulis lelaki. Cuba menceritakan dari sudut pandangan lelaki untuk kebaikan semua muslimah supaya tidak dirosakkan dengan mudah oleh kata-kata manis! Moga Allah pelihara anda semua daripada hal yang tidak dingini berlaku. Enjoy reading!

1. Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..



4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?



6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..



8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u..



10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..


11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..



15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .



19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..


22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..


24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..


25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...


27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang.. 

YA ALLAH, SATUKANLAH KAMI DENGAN HUBUNGAN YANG HALAL



Ini salam cinta dan ikhlas dari saya,..ingatlah kata-kata ini walau mana pun kamu pergi.. takkan ada yang lain selain kamu..saya sayangkan kamu seikhlas hati saya..


Salam...Adam,
Allah hantar kamu untuk saya sebab kamu kunci kelemahan dan kekurangan saya.
Terima kasih menerima diri saya seadanya..Moga tiada istilah muak atau bosan dalam kehidupan kita kelak..
Semenjak saya bersetuju menjadi isteri awak, 
saya dah tak perlukan kata-kata orang lain lagi..
Saya hanya ada Allah,Rasul,Keluarga dan awak,Adam..
Tiada orang lain selain awak dan anak-anak kita nanti,insyallah..
Berkahwin di usia yang muda tidak apa-apa bagi saya kerana awak ada sebagai pelindung,peneman,penasihat dan pemimpin bagi saya dan anak-anak..
Saya tahu awak selalu ada untuk saya..
Moga cinta kita kekal sampai ke Jannah..


YA ALLAH, SATUKANLAH KAMI DENGAN HUBUNGAN YANG HALAL

Saturday 31 March 2012

mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??


Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.


Friday 30 March 2012

menarik untuk lelaki tahu


MENARIK UNTUK LELAKI TAHU... NEVER MAKE WOMEN CRY... :)




Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.,
 Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa

Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.


“WANITA itu ISTIMEWA”






Thursday 22 March 2012

sebelum dan selepas

assalamualaikum dan selamat tengahari menjelang petang...

tetibe je aku ada idea tengahari2 ni nak update belog... sebab?? sebab da takde benda sangat nak fikir kot...

SEBELUM dan SELEPAS.... hahhahahaha (gelak jahat)



triple cheese sebelum




triple cheese selepas



mega mac sebelum

mega mac selepas

chicken muffin sebelum

chicken muffin selepas




sebenarnya tu semua sebelum dan selepas digeget oleh pengeget profesional mcd a.k.a si kasut merah..huhuhu.. habes semua burger aku pulun kalau da pegi sana.. feveret kot.. dari breakfast ke lunch.. seterusnya dinner pun aku pi baham kat sana.. da gaya macam rimau pun ada.. daging memanjanggg... ada aku kesah pulak?? tapi pape pun memang best la..TERBAEKKKKKKK

Tuesday 20 March 2012

antara KAWAN dan KAWAN BAIK

assalamualaikum dan salam tengahari..

aku pun tak tau apa yang buatkan aku tekan butang blogger tengah2 hari membuta camni.. ni kira pertama dalam sejarah la lebih dan kurang.. aku pun tak tau nak buat intro camne.. tapi aku rasa aku ada benda nak share kot dalam kepanasan matahari ni (cam aku menaip kat tengah panas je) hahahha..

antara KAWAN dan KAWAN BAIK??

katakanla kawan baik korang tu ada awek ke pakwe ke yang berkawan dengan korang.. pastu dorang pulak bergaduh.. korang nak bantu kawan korang ke kawan baik orang?? mesti pening kan nak selesaikan masalah ni.. aku pun ada citer yang aku nak kaitkan dengan tajuk yang tak bape nak hot ni sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri...

alkisahnya camni...

satu hari tu ada la sorang awek ni bapak rajin la dia online dia punya facebook.. abeh semua benda dalam facebook dia try.. ape bende dia try pn aku tak tau la... okay, nak dijadikan citer, ada la sorang pakwe ni dia asyik bergaduh je dengan aweks tu.. tiap kali awek tu online je facebook dia mesti pakwe tu online jugak.. kekadang pakwe tu sampai tunggu awek tu online semata-mata nak bergaduh...

last2 pakwe tu pun luahkan la hati dan perasaan dia kat awek tu... awek tu pun da lama suke kat pakwe tu.. apa lagi.. bagai pucuk dicita ulam mendatang, awek tu setuju.. mula nya hubungan awek dengan pakwe tu okey  sangat.. then lepas tu bekas makwe kepada pakwe tu muncul semula kat facebook.. hura-hara la hubungan si awek dengan pakwe dia ni kejap..lepas tu awek pakwe tu bagitau la kat pakwe dia yang dia tak suke dengan hal yang jadi tu..

si pakwe tu pun cakapla yang dia dah tutup facebook dia.. si awek ni kes sayang punya pasal caye la yang si pakwe tu da tutup dia punya facebook.. nak dijadikan cite, ada la kawan si pakwe tu mintak tolong dengan awek pakwe tu.. dalam masa yang sama, si awek tu dah terkilan sangat dengan pakwe tu sebab bila awek tu mintak dia punya email dan password facebook pakwe tu macam-macam alasan yang pakwe dia bagi.. tapi yang awek ni heran nya, ex pakwe dia tu boleh lak pakwe dia bagi.. si awek ni terkilan tapi dia diamkan je...

berbalik pada cite kawan si pakwe tu.. dorang sebenarnya kawan baek.. sejak kecil la ikotkan.. macam-macam la kawan baik si pakwe ni cite pasal pakwe pada awek dia.. si awek tu pun cite la pasal masalah facebook kat kawan baik si pakwe tu.. sejak dari tu si awek pun tawar hati bila dapat tahu cite sebenar.. lagi la si awek tu terkilan dengan sikap pakwe dia...

awek tu dah bape kali mintak clash dengan pakwe dia.. awek tu pun da frust gile dengan pakwe dia tu.. pakwe dia ni pulak asyik duk cakap sayang kat dia sorang je.. awek dia da berkali-kali menangis cite kat kawan baik pakwe dia.. tapi pakwe dia pulak yang salah kan awek dia.. pakwe dia tanya yang dia ada hati ke dengan kawan baik dia merangkap kawan si awek tu... awek tu pun menafikan la...

kawan baik pakwe si awek tu tak mau awek tu ditipu la dengan kawan baik dia.. kawan baik pakwe dia pun bagi la email dengan password dia pada si awek tu untuk tengok facebook pakwe dia.. si awek tu pun bukak la.. si awek tu takleh bukak pakai facebook dia sendiri sebab pakwe dia dah block dia dari facebook tu.. si awek tu lagi tambah terkilan dengan sikap pakwe dia.. si awek tu menangis lagi..

si awek ni da frust sangat-sangat.. kawan baik si pakwe tu pun da buat yang terbaik untuk diorang.. awek ni dah berserah.. dia ah tak mampu nak buat apa-apa sekarang... kawan baik si pakwe pun tak tau nak sebelahkan mana satu.. antara kawan dengan kawan baik???


p/s : citer tersebut adalah kisah benar.. tapi nama dirahsiakan bagi mengelakkan keaiban..


********


Saturday 28 January 2012

best ke mee segera??



*******

Okayp….selamat malam pada yang baca entry nih pada waktu malam…yang baca siang hari takkan nak aku wish selamat malam jugak..korang gile ke hape?? Okeyh2…tanpa aku lengah kan masa yang ada nih.. aku nak share somtim la ngan korang semua ekspesially orang  yang selalu je nak buat kerja ekpress.. kenapa aku kata begitu??

Since  sekarang ni ramai sangat yang gemarkan SEGERA –SEGERA nih… macam-macam segera yang ada sekarang nihh… sebut je… tudung segera.. kawen segera.. makanan segera.. awek segera… mee segera… oppss!! MEE SEGERA??? Yup…mee segera.. aku tengok ramai sangat sekarang nih yang gemar makan mee segera nih terutamanya kaum-kaum bujang dan pelajar-pelajar sekalian alam..



Korang yang makan mee segera a.k.a meggi or instant noodle tu tau tak apa yang ada dalam mee segera tuh?? Okayh… aku malas nak taip panjag-panjang… baca je  nih…



amacam?? ada bahaya tak mee segera ni??? so pikirla sebelum makan....


*********





Wednesday 25 January 2012

ada apa dengan spongebob??

assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua..

okayp... memandangkan aku rajin nak post malam ni aku pun taip la entry ni.. entry pasal spongebob squarepants.. pasai pa spongebob?? pasai aku aku pilih spongebob? pasai pa yang hangpa duk sibuk?? huhuhu.. belog aku.. entry aku.. hang tak mau baca hang pi kat bahagian atas sebelah kanan tu hang klik je butang cancel kat tu..

aku tengok ramai bebudak sekarang asyik duk layan katun spongebob (including me) huhuhu... pasai pa ea? sebab pertama umah dorang takde astro.. sebab kedua.... ermmmm.. lu pikir la sendiri... okay.. selama nih u oll                                      duk tengok or dengar lagu spongebob kot bahasa inggeris je.. yedookk?? kali nih aku bagi korang dengar lagu spongebob bermacam-masam versi.. korang pepandai la nyanyi sendiri ikot tempo ye... aku nk tulung nyanyi pun bukan korang dengar....

**********



 ##  spongebob song TERENGGANU version

sedia dok g budok2?
sedia kapteng!
ndapee..??!!
.sedia doh la kapteng!!
ooo…peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!
spongebob sluor pettok!!
senang menghesap kaler kuning..
spongebob sluor pettok!!
kalu sek2 mu suke nde pelek hok dalang lauk
spongebob sluor pettok!!
meh la noppak pe ikang
spongebob sluor pettok!!
sedia??!!
spongebob sluor pettok (3x)
spongebob… sluor pettok!!!


## spongebob song KELANTAN version

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge…………bob Sluar kotok (3x)
Spongebobbb Sluar kotok


## spongbob song PERAK version

Mekeme udah redi ke yob?
Ye mandor..
Teman dak dengor mekeme ni…
Ye mandor!!!
Ohh…
Sape die yang tinggey dalam neneh bawah laut?
“Spanbob seluor petak”
Die meresap dan kuning dan poghoih
“Spanbob seluor petak”
Kalo ade bende meghedang yang mekeme bekenan..
“Spanbob seluor petak”
Legheh naik ke maghi ngelejat macam ikan
“spanbob seluor petak”
Redi mekeme…
Spanbob seluor petak
Spanbob seluor petak
Spanbob seluor petak

## spongebob song UTARA version

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh…
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
“Spanbob Seluaq Petak”
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
“Spanbob Seluaq Petak”
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
“Spanbob seluaq Petak”
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
“Spanbob seluaq Petak”
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak


okayp... selamat praktis okeyh!!!  babai bebeh....

**********


header untuk somebody annoying!!

assalamualaikum w.b.t dan selamat petang yang da nak malam semua...

entry ni takd nak bebel apa2 pun..nak tunjuk hasil kerja yang tak bape nak cantik ni je... hasil kerje apa ye?? opkos la header.... kali nih header untuk blog somebody yang teringin nak ada header yang kiut miut... okayp... saya tolong watkan.. ikhlas tu....  tak mintak bayaran pun.. kalau nak bayar pun apa salahnya... huhuhuhu


tadaaaa....

amacam?? cantik tak? huhu.. (perasan je)

okayla... nanti rajin aku post lagi.. daaaa


**************

my blog signature

i'm just finished create my blog sigature couple minutes ago..
 watch this!!!

tadaaaaa..................

















i think its too big...
do you think i should repaire this??

entah apa jer..

hacummmm!! fuh...lama betul tak update a.k.a membebel kat sini.. al-maklumla.macam-macam hal jadi... mulanya nak update mengupdate tetiba lak keyboard buat hal tak leh nak tekan.. beli la keyboard baru... hadusss!! duitku melayang lagi... siap beli mouse extra agi gara-gara mouse takde dan tak leh nak wat header belog.. tak catik header tak meriah la belog.. tak meriah belog tak der mud le nak update.. then mula la.. macam-macam sarang kuar.. ada sarang labah-labah.. sarang burung.. sarang semut..hadiosss... sampai esok pon belum tentu habes..

lepas tu sibuk lak keluar masuk hospital.. bila balik je penat.. bil penat dah menjalar dalam diri ni.. mula la mata jadi berat.. jadi apa lagi keje yang boleh aku wat kalau mata dah berat?? TIDO la jawabnye... hahahaha.. nampak benor malas kan?? huhuhu.. cam kesah lak aku.. lantak le.. mata masing-masing.. hhihihi

sekarang ni tengah search themes untuk blackberry kesayanganku.. mak oiiii.. punyala susah nak install.. aku pun tak bape nak pandai sangat.. hadoii... nak install games dalam tu?? erm.... tahun depan belum tentu dapat main.. nak tau sebab?? sebab tak reti a.k.a tak pandai nak install.. abeh benda dah aku duk google menggoogle.. tak dapat-dapat.. lantak ah!! malas dah aku nak layan benda camtu.. tambah pening kepala aku ada la... hurmmmmm..

cukupla setakat ni dulu.. saje nak test taip pakai keyboard baru yang tak bape nak baru dah. hahahaha.. kenapa? bosan ke entry ni?? suke hati aku la nak post apa.. belog aku.. kalau bosan boleh la klik pada butang cancel di bahagian atas sebelah kiri ye.. hahahhahaha

Monday 9 January 2012

darah oh darah

assalamualaikum dan selamat pagi....

harini aku mulakan hari aku dengan bangun tido.. sama cam hari-hari sebelum nih jugak (kalau tak bangun mati la jawabnya..tak gitu?? ) okay..lepas tu aku pun siap-siap la nak mandi.. tetiba tengok bilik air full pulak..bukan sikit bilik air kat rumah nih..ada 3bijik semuanya...uishhhhh!! beratur panjang nak dapat turn untuk masuk bilik air.. then aku amik la keputusan untuk menunaikan solat subuh dulu.. memandangkan hari nih aku kena buat ujian untuk test darah jadi aku pun terpaksa la bersiap awal sebab kena ada kat hospital tuh sebelum kul 7.30 pagi (bapak awal mak aih!).. sampaikan nak mengaji quran pun tak sempat gara-gara terbangun lewat (rasa cam skema je ayat aku hari nih).. aku pun siap-siap lah... sampai je kat hospital dengan perasaan gerun plus seram aku beranikan diri masuk bilik doktor tuh..huhhh!!! mak aih..seram gile bilik doktor tuh... takde la cam rumah hantu tapi sebab aku nih yang penakut dengan hospital serta adiknya klinik, so aku memang masuk dengan langkah takut-takut berani je la.. aku langsung tak tengok jarum masa tuh.. kalau tengok kompem la aku cabut lari.. selasai je amik darah, aku tengok la darah aku.. perghh! pekat siot... da la pekat warna cam ala-ala purple dah.. doktor boleh je cakap yang darah aku tu cam air kopi.. huhh! kurang ajar punye doktor.. aku pun keluar dari bilik doktor tuh.. fuhhh......lega siot lepas kena inject tuh.. aku pun bagitau la kat abah aku pasal warna darah aku tuh.. boleh je abah aku cakap warna darah aku tu cam darah predator.. huhhh! siap ada lagi yang cakap darah aku tuh boleh buat water colour.. terasa gile2!! 


Sunday 8 January 2012

aku hambaMU

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Saturday 7 January 2012

tanggungjawab anak pada ibubapa

assalamualaikum dan selamat malam untuk keberapa kalinya.....

malam nih tetiba je rasa rajin nak update belog memalam bute (pakaila tongkat laen kali). mungkin tangan nih dah ringan sangat kot senang dan laju je angkat sepuluh jari nih main tekan-tekan keyboard lappy kesayangan nih. maunya aku tak sayang.. takde lappy nih mana la lagi tempat aku nak berkampung selain berbelog-belog nih.. okayp.. malam nih tak tau tajuk apa nak bebel (sambil berhenti menaip dan menggaru idea mencari kepala kepala mencari idea). TINGGG!!! (sound efek kunun-kununnya ada mentol yang menyala la) the interesting topic for tonite : APA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA??

first at all...mesti anda-anda (tak tau tuju kepada sesiapa) semua ada mak bapak kan?? kalau takde mak bapak mana korang datang kan? cuma dalam dunia nih Nabi Adam a.s dengan Hawa je yang takde mak bapak sebab dorang lah khalifah pertama kat muka bumi nih.. so pada sape yang takde mak bapak tu tipulah..even anak haram kurang halal pun ada mak bapaknya.. tau sebab apa aku cakap camtu?? sebab (18sx) sperm a.k.a sperma dalam bahasa melayunya telah mensenyawakan ovari a.k.a ovum dalam bahasa inggerisnya...

apa peranan anak dalam kehidupan ibu bapa?? yang pertamanya......... kita sebagai anak nih kenalah taat pada mak ngan bapak kite.. aku ni takde la nak baik sangat tapi kadang-kadang ada jugak aku lawan.. bukan la maksudnya lawan main pedang ke, main pisau ke, garpu ke (garpu or garfu) senang cite fork la (bajet cam omputih).. by the way aku memang putih pun dalam family aku (bunyi cam riak je).. sambung yang tadi..... tapi kalau kite fikirkan mak kite tu dah susah payah bawak kite dalam perut dia yang terjojol sampai kekadang tak muat baju sebab mengandungkan kite.. tu baru mak... ni bapak lak.. dia susah payah cari duit untuk bagi kite makan.. kalau korang perasan la kan.. dorang (refer to mak and bapak) dahulukan kite dalam soal makanan.. dah kenyang kite makan baru dorang makan... aku cakap camni sebab dulu aku pernah la susah.. makan setakat ala kadar je.. dapat makan pun kire bersyukur la..

korang mesti taknak mak bapak korang sakit kena seksa kan?? sebab aku tengok sekarang nih ramai remaja- remaji duk pakai ketat dan sendat.. ingat bagus sangat ke pakai camtu?? dah cde baju sangat ke sampai pakai baju macam pakai baju adik je.. sebab aku kesiankan mak bapak aku la aku taknak pakai camtu.. kesian dorang.. dorang dah penat lelah jaga and bearkan kita...kita nak seksa dia kat dalam kubur.. so jagalah pemakaian kite.. aku takde lah baik sangat tapi okay la sikit.. takde lah nak pakai sendat nampak betis peha dan sebagainya....

sekarang nih mak aku disahkan menghidap skizofernia dalam kategori sakit mental.. ingatan dia dah kabur.. kitorang satu family la yang bantu untuk pulihkan dia.. untuk first nya.. dia taknak tengok langsung muka kitorang adik beradik.. including abah aku.. so terpaksa la mintak bantuan dengan pak sedara dan selebihnya bertawakal pada Allah s.w.t... alhamdulillah sekarang keadaannya semakin okay tapi kekadang perangai peliknya still nampak.. dugaan Allah s.wt buat hambaNya.. syukur selama ni aku masih mampu bertahan untuk menguruskan mak dan hal-hal rumah seperti memasak, kemas umah (dah cam surirumah lak). tapi tadi perangai dia betul-betul menguji kesabaran hinggakan aku terlupa yang dia belum pulih sepenuhnya.

teruknya keadaan dia hinggakan dia pernah mencuba untuk masuk ke dalam rumah jiran yang kitorang sendiri tidak pernah kenal (bukan jiran kitorang sebenarnya sebaliknya jiran pak sedara (^_^) ) jiran tuh... masa tu aku terlelap dek keletihan membuat kerja rumah.. aduhai... bila je abah aku dapat tau aku ni dimarahnya.. sedangkan perkara tu tak sengaja pun.. along aku tu sesuka hati je duk tido takde lak dimarahnya.. hati anak mana yang tak terasa kalau macam tu lah sikap (macam pilih kasih pun ada). sebab tak tahan sangat airmata ni pun memaksa untuk keluar.. mengalir la keluar dari mata nih.. kesabaran pun ada batasnya.. tapi aku takde pun simpan dendam untuk dorang tu (sakit hati and makan hati tu ada la).

cik_gumiho note : walaupun sakit camne hati kite kat mak bapak kite, janganla simpan sebagai dendam.. ingat yang dorang dah besarkan kite..jaga kite.. dan takde mak bapak yang bencikan anaknya sendiri.. untuk diri sendiri jugak pesanan nih ditujukan.. syurga tu di bawah telapak kaki ibu..

Thursday 5 January 2012

ujian...pasrah...kepayahan


Ujian
ukur keimanan
tingkat ketakwaan
buat kita tak keruan
moga kita ada kekuatan
menempuh segala dugaan
berpandu hadis dan al-quran
khazanah agung warisan junjungan.

Pasrah
dalam kehidupan
panjatkan doa kepada Tuhan
moga ditunjukkan jalan kebenaran
moga dianugerahkan nur keimanan
moga dilimpahkan dengan kerahmatan
sentiasalah ucapkan syukur yang berterusan
ke atas segala takdir kita yang telah ditentukan
jadilah kita umat yang memperolehi kemenangan.

Kepayahan
ditempuhi semua insan
tiada yang terlepas dari kepayahan
tinggal lagi kita yang mengatur dan memutuskan
hadapi ketentuan dengan penuh tabah dan kesabaran
kita punyai Tuhan yang sentiasa memberi segala pertolongan
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim
Tuhan semesta alam yang penuh kekuasaan
cukuplah bagi kita hanya kepada DIA tempat memohon perlindungan
Subhanallah, walhamdulillah, Allahuakbar.




hiburkan diri dengan masalah

Manusia itu seistimewa mana pun,
Tidak dapat lepas daripada ujian yang menyusahkan,
Raja diuji, orang yang berkuasa diuji,
Orang kaya diuji, yang pandai diuji,
Apatah lagi rakyat jelata dan orang biasa,
Ujian mereka bertimpa-timpa,
Ujian-ujian itu pula banyak caranya,
Bukan satu perkara,
Diantara ujian-ujian itu, sakit yang bermacam-macam jenis,
Miskin, papa, 
Orang kata, orang hina, hasad dengki manusia
Dilanggar kereta, jatuh daripada tempat tinggi,
Patah kaki, kematian keluarga, bencana alam,
Yang sering terjadi kepada manusia,
Peperangan yang berlaku dikalangan manusia,
Berbagai-bagai jenayah yang terjadi didalam kehidupan manusia,
Ujian itu tidak ada seorang manusia yang terlepas darinya,
Kalau begitu, dimana kebahagian manusia,
Kadang-kadang ujian itu bertimpa-timpa,
Bukan satu sahaja,
Adakalanya ujian itu disamping sakit, miskin pula,
Orang kata dan orang hina,
Kalau orang tak kenal Tuhan, tak faham kerja Tuhan,
Tidak tahu hikmah sebab Tuhan jadikan,
Manusia akan kecewa, sakit jiwa,
Ada yang akan putus asa, bunuh diri,
Kemudian diakhirat masuk neraka,
Kalau manusia kenal Tuhan, faham peranan Tuhan,
Faham hikmah mengapa Tuhan adakan ujian,
Mereka masih ada hiburan,
Mereka masih ada kebahagian,
Contoh: diuji manusia penghapusan dosanya,
Diuji manusia nak dibanyakan pahalanya,
Diuji manusia diakhirat kesyurga nak diberi istimewa,
Manusia diuji, nak ditinggikan darjat diakhirat sana didalam syurga,
Tuhan kurangkan didunia, nak dilebihkan diakhirat sana dengan syurga yang tak ada tandingannya,
Diuji manusia dengan berbagai-bagai ujian,
Kalau manusia redha, dianggap ibadah kepadanya,
Apa yang kita ceritakan, 
Bukankah itu hiburan kepada manusia?
Kalau manusia itu faham peranan Tuhannya,
Bukankah ujian itu penghibur lara kepada jiwa manusia?
Kalau manusia fahamlah tentang Tuhan, kesusahan itu adalah hiburan kepada mereka,
Kalau begitu keadaan manusia, tak ada sebab nak dukacita,
Lebih-lebih lagi sampai berputus asa,
Apa yang Tuhan lakukan kepada kita itu kalau kita faham,
Semuanya kebaikan untuk kita,
Kalau kita faham semua itu, itu khabar gembira,
Kalau kita faham itukan kebahagian manusia,
Kalau kita faham baiknya Tuhan kepada kita,
Susah pun kita ditimpa Tuhan, semuanya itu menguntungkan kita,
Kalau kita sabar dan redha,
Kalau begitu bergembiralah dengan ujian,
Itu adalah khabar gembira dari Tuhan.